HEADLINES

LCS: pembangkang perlu matang, beri peluang Kerajaan Perpaduan selesaikan

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menggesa pembangkang bersikap lebih matang dan menghentikan sebarang polemik berkaitan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS)

7:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menggesa pembangkang bersikap lebih matang dan menghentikan sebarang polemik berkaitan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Jelasnya, Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) seharusnya memberikan peluang sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Sambil menyindir Ahli Parlimen (PN-Tanah Merah), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang membangkitkan mengenai isu terbabit, Rayer turut berkata, jika isu itu tidak dibongkarkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sudah tentu ia tidak akan diketahui umum.

“Setuju tak dengan saya (mengenai LCS), pembongkarannya dilakukan ketika Yang Berhormat (Tanah Merah) di (pihak) kerajaan dan kita sebagai pembangkang, khususnya Pengerusi PAC ketika itu iaitu Yang Berhormat Taiping.

“Kalau bukan disebabkan perkara itu dibongkar PAC, skandal ini sudah pasti tidak akan diketahui umum,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tegasnya,  pembangkang sepatutnya mencari pelbagai kaedah bagi menyelesaikan perkara berbangkit bersama dengan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Seharusnya Yang Berhormat (Tanah Merah) setuju untuk beri Yang Berhormat Ahli Parlimen Tambun (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh lima tahun memandangkan penggal pemerintahan kerajaan belum selesai lagi,” katanya.

Ikmal sebelum ini meminta Kementerian Pertahanan menetapkan garis merah iaitu amaran terakhir untuk dijadikan indicator kepada pemain industri perkapalan agar pelbagai isu yang berbangkit seperti isu LCS tidak berlaku lagi pada masa depan.

Jelasnya, kapal LCS sangat diperlukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan jika syarikat terbabit masih gagal menyiapkan projek berkenaan, ia bukan sebahagian daripada pelaksanaan tata kelola yang baik. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related