◉ HEADLINES

Syed Saddiq anggap soalan mengenai perkahwinan paling sukar untuk dijawab

Jelas beliau, dalam dunia politik ini adalah penting untuk mempunyai isteri yang memahami dan boleh bertahan

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui soalan mengenai perkahwinan adalah soalan yang paling sukar untuk dijawab oleh beliau berbanding soalan-soalan lain.

Malah ketika ditanya sama ada beliau sudah mempunyai calon isteri, Syed Saddiq secara berseloroh enggan mengulas sebaliknya berkata:

“Ia adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi kerajaan.”

Beliau ditanya soalan tersebut ketika menjadi jemputan untuk segmen dalam rancangan podcast PodaBoom ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, oleh Scoop, baru-baru ini.

Ia dihoskan oleh ketua pengarang kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez, ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Zainul Arifin dan pengarah eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (Rocky).

Dari kiri, Datuk Ahirudin Attan (Rocky), Terence Fernandez, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Zainul Arifin berswafoto selepas rakaman program podcast PodaBoom ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, baru-baru ini. – Azim Rahman/Scoop, 15 September, 2023

Jelas beliau, dalam dunia politik ini adalah penting untuk mempunyai isteri yang memahami dan boleh bertahan.

“Kita tunggu dulu. When the time is right, the time is right.

“Saya rasa kalian lebih tahu. Nak-nak dalam dunia politik ni, isteri teramat penting kerana perlu ada isteri yang memahami, boleh bertahan. Kalau tidak… sukar,’’ katanya yang mengakui ibunya mempunyai kuasa veto dalam pemilihan isteri. – 15 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related