Perak sedia lokasi pertanian baharu tapi ditolak petani, ‘dakwaan aniaya, usir tak benar’

RM700,000 diperuntukkan bagi mewujudkan kawasan baharu sebagai lokasi alternatif untuk aktiviti pertanian kepada kumpulan tersebut

8:21 PM MYT

 

IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan RM700,000 bagi mewujudkan kawasan baharu sebagai lokasi alternatif untuk aktiviti pertanian kepada sekumpulan petani setinggan yang menduduki tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, inisiatif itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya kerajaan Perak menganiaya sekumpulan petani setinggan yang melakukan aktiviti pertanian secara haram di atas tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Bagaimanapun katanya, tawaran supaya mereka berpindah ke kawasan baharu itu ditolak oleh kumpulan berkenaan setelah beberapa rundingan diadakan bersama pihak PKNPk.

“Dakwaan bahawa berlaku penganiayaan dan pengusiran secara paksa adalah tidak benar memandangkan kerajaan negeri melalui PKNPk telah mengadakan siri rundingan dan libat urus bagi menyelesaikan isu berkenaan yang sudah berlarutan selama lebih 11 tahun.

“Kerajaan Perak amat menitikberatkan pentingnya amalan dan prosedur perancangan serta penggunaan tanah yang betul dan kekal komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan penggunaan sumber tanah yang adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa komited memastikan ketersediaan sumber makanan mencukupi, malah Perak merupakan negeri pertama yang melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan sebagai usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

Malah katanya, aspek keterjaminan makanan menjadi salah satu daripada enam agenda utama pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang menggariskan pelbagai inisiatif memperkasa industri asas tani, termasuk penubuhan Akademi Sekuriti Makanan dan pembinaan hub daging halal.

“Pada masa yang sama, PKPNk juga menerima memorandum daripada penduduk setempat termasuk di Taman Chepor Sentosa yang mengadu sering berdepan bencana dan kemusnahan harta benda akibat banjir kilat susulan aktiviti pertanian tidak terkawal di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan petani di Perak diiringi beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Lawan Lapar mengadakan protes di luar bangunan Parlimen pada Selasa lalu untuk meminta kerajaan campur tangan dalam rancangan kerajaan negeri itu untuk menukar kebun mereka menjadi kawasan perindustrian dan perumahan.

Mereka yang mendakwa mewakili 250 petani di Perak berkata, kawasan seluas 640 hektar itu diusahakan untuk hasil tanaman sejak lebih 80 tahun lalu.

Sementara itu, PKNPk adalah agensi utama kerajaan yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sosioekonomi di Perak. – 14 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Related