HEADLINES

‘Menara Tiada Kuali’ Di Sarawak: Penyelesaian diumum sebelum hujung bulan ini

7:54 PM MYT

 

KUCHING – Kerajaan akan mengumumkan langkah penyelesaian bagi isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi di Sarawak sebelum hujung bulan ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata buat masa ini perbincangan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi sedang dijalankan untuk mencari penyelesaian terbaik buat isu yang digelar sebagai ‘menara tiada kuali’ itu.

“Sekiranya perbincangan berjalan dengan lancar, bakal ada pengumuman baik untuk menyelesaikan secara menyeluruh isu ‘naked tower’ di Sarawak.

“(Kita harap selepas ini) kesalinghubungan dapat ditingkatkan lagi selepas pengumuman itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di sini hari ini.

Pada 19 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah berjaya membina lebih 600 menara telekomunikasi di Sarawak setakat ini. 

Fahmi berkata daripada 600 menara itu, kira-kira separuh telah dioperasikan oleh syarikat telekomunikasi.

Sementara itu, dalam ucapannya pada acara itu, Fahmi berkata penduduk di Sarawak kini mempunyai banyak pilihan untuk mengatasi isu capaian Internet lemah termasuk menggunakan peranti satelit Starlink.

“Kini kita mempunyai banyak pilihan termasuk Starlink yang boleh digunakan di kawasan luar bandar jadi manfaatkan peranti ini sebaiknya,” katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related