◉ HEADLINES

Gangguan air di Bangsar: Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan bantu bayar bil

Khabar gembira itu dimaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan membantu membayar bil air bulan ini bagi 500 rumah di Taman Bangsar yang mengalami gangguan bekalan air, akibat paip pecah di Jalan Maarof, awal bulan ini. 

Khabar gembira itu dimaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi dan Digital dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini.

“Saya turut minta Air Selangor mantapkan komunikasi komuniti mereka, termasuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk salur info kepada masyarakat.

“InsyaAllah satu sesi temu rakyat akan diadakan tak lama lagi melibatkan Air Selangor, penyedia perkhidmatan utiliti lain dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendengar isu dan masalah rakyat khususnya penduduk Bangsar agar dapat diutama dan diselesaikan pihak berwajib,” katanya.

Fahmi berkata, insiden paip pecah di Jalan Maarof itu telah berlaku sehingga lima kali dalam tempoh yang singkat dan berikutan itu, beliau bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi Air Selangor beberapa hari lepas bagi mendengar taklimat dan penjelasan.

“Pihak Air Selangor menjelaskan bahawa kerja-kerja penggantian paip di Jalan Maarof telah menyaksikan tekanan tinggi mengakibatkan paip lama pada jajaran itu pecah.

“Akhirnya, isu tekanan ini telah berjaya diatasi dan difahamkan sehingga kini tiada lagi insiden paip pecah di lokasi tersebut,” katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

◉ Related