◉ HEADLINES

Isu DNAA Zahid: Ini saja Tan Sri mampu cakap? Khairy sindir reaksi Kit Siang

Khairy berkata, dalam kenyataan tersebut Lim Kit Siang selebihnya hanya menyalahkan PN yang kononnya memecahbelahkan masyarakat

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menyindir reaksi veteran DAP, Lim Kit Siang yang terkejut dan terkedu dengan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi. 

“Ini sahaja yang Tan Sri Lim Kit Siang mampu cakap? Kalau baca kenyataan penuh, ada satu ayat ini sahaja berkenaan isu DNAA. Terkedu. Terkejut. Itu sahaja.

“Adakah itu (saja)? Anda mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan tentang segala-galanya sepanjang kerjaya anda dan kini dikurangkan kepada (kenyataan) ini?” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Kit Siang bersuara mengenai keputusan DNAA Zahid selepas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertikaikan sikap berdiam diri pemimpin DAP dalam isu tersebut.

“Saya sendiri terkedu dan terkejut dengan perkembangan terbaru DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan) mengenai kes (tersebut),” katanya ringkas.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno berkata, dalam kenyataan tersebut Kit Siang selebihnya hanya menyalahkan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya memecahbelahkan masyarakat.

“Mantap betul Tan Sri Lim Kit Siang menyucikan rakan BFF (kawan baik selamanya) politik terbaharu DAP,” sindirnya.

Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, dalam keputusannya berkata pendakwaan melalui Peguam Negara menjalankan kuasanya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan memohon DNAA.

Keputusan itu bagaimanapun terus hangat diperkatakan apabila Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika sewaktu sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada Selasa lalu.

Suasana di Dewan Rakyat turut bertukar kecoh apabila pembangkang bangkit mempersoal tindakan Speaker, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar yang dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada Isnin lalu.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal mengemukakan usul tergempar berkenaan bagi meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid. – 18 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

PAS to propose new PN chairman after Muhyiddin stepped down, dismisses Pejuang rumours

PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man confirms several names will be discussed for the PN leadership, while refuting claims of Pejuang joining the coalition

◉ Related