Kerajaan lulus Pelan Induk Bersepadu guna tanah laluan ECRL: PM

8:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 hari ini bersetuju meluluskan satu dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa iaitu Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), atau dikenali sebagai PeGTaECRL.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PeGTaECRL adalah dokumen perancangan guna tanah jangka panjang sehingga 2040 yang akan memacu pembangunan di sekitar 20 stesen dan sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.

“Dokumen ini juga berperanan sebagai rujukan kepada pihak berkuasa negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dijangka dapat menarik pelaburan yang akan memacu pembangunan mampan ke arah keseimbangan antara Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Pantai Barat negara.

“MPFN menjadi platform bagi Kerajaan Persekutuan berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan hal ehwal perancangan bandar dan desa serta pembangunan fizikal negara, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkongsi beberapa gambar serta makluman mengenai hasil mesyuarat yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu turut bersetuju dengan penambahbaikan kepada proses kelulusan dalam pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektik (EV) melalui Garis Panduan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik dan Prosedur Pemajuan.

Perdana Menteri juga berkata ketersediaan infastruktur pengecasan amat penting dalam transformasi sektor automotif selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara 2023 yang menyasarkan penggunaan EV sebanyak 38 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.

“Sasaran penggunaan EV yang tinggi memerlukan sokongan dari segi penyediaan infrastruktur yang lengkap.

“Sehubungan itu, kerajaan telah memberi komitmen untuk pembinaan 10,000 stesen pengecasan EV awam menjelang tahun 2025. Sehingga kini hanya 1,246 stesen pengecasan EV telah beroperasi,” katanya.

Anwar berkata MPFN juga bersetuju dengan pemakaian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara oleh Agensi Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri serta penterjemahan cadangannya dalam dokumen rancangan tempatan untuk kawalan perancangan dan guna tanah peringkat tempatan.

Beliau berkata dokumen itu akan menjadi asas gerak kerja bagi merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan sesebuah taman geologi (dan tapak taman geologi) secara bersistem, terurus serta mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa.

Anwar turut mengulangi penekanan terhadap usaha mempercepat proses pembangunan dengan meningkatkan lagi kecekapan yang memfokus kepada kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Semua jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT diseru agar terus memberikan perhatian terhadap perkara ini bagi meningkatkan lagi keyakinan pelabur,” katanya. – 18 September, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Chef Wan slammed for ‘racist’ comment on Aishwarya Rai’s dress at Cannes

Celebrity chef has likened Indian film star’s gown at festival to a ‘kavadi’

Related