HEADLINES

Suhaizan angkat sumpah Ahli Parlimen Pulai

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Parlimen Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan, majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Saya akan tumpahkan taat setia kepada Malaysia, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya,” kata Suhaizan.

Dalam pada itu, Johari mengucapkan tahniah kepada Suhaizan kerana diangkat sebagai Ahli Parlimen.

Dalam ucapannya, Johari menggesa agar Suhaizan dan semua Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform perdebatan yang bebas.

“Saya yakin Ahli Parlimen akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan terhormat seperti yang dituntut oleh institusi ini,” katanya

Suhaizan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, pada 9 September lalu dengan majoriti 18,641 undi.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu meraih 48,283 undi, menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon bebas pula meraih 528. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related