HEADLINES

Veteran ATM harap penyelarasan pencen anggota tentera diumum dalam Belanjawan 2024

Memandangkan kebanyakan veteran berpencen itu berusia 60 tahun, dengan ramai antara mereka uzur dan tidak berupaya bekerja, jika pelarasan pencen tidak dilaksanakan, ia akan memberi impak besar kepada pesara

6:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) berharap penyelarasan pencen bagi anggota tentera khusus yang bersara pada 2013, dapat diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024, Oktober ini.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, kebanyakan veteran berpencen sebelum 1 Januari 2013 adalah dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun, dengan ramai antara mereka uzur dan tidak berupaya bekerja.

“Perkara ini diperjuangkan PVATM sejak 10 tahun lalu dan tidak semua pesara tentera menuntut pelarasan pencen, hanya seramai 78,546 orang atau 59.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 134,682 pesara ATM.

“Jika kita berasaskan kepada jumlah pencen bulanan diterima (tanpa sumber pendapatan lain), seramai 73,339 orang atau 93.4 peratus warga veteran sedang berada dalam kategori B40,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan meneruskan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang akan berakhir pada Disember tahun ini.

“Selepas Mahkamah Persekutuan pada 28 Jun lalu memutuskan kenaikan pencen tahunan dua peratus bertentangan dengan Perlembagaan, kerajaan terus memberi faedah sedemikian dalam bentuk skim PKKP bermula Julai hingga Disember 2023, ia satu kelegaan kepada veteran.

“Namun persoalannya sekarang adakah skim itu akan diteruskan pada tahun hadapan? Oleh itu, PVATM memohon kerajaan memberi pertimbangan supaya meneruskan skim itu,” katanya.

Sharuddin berkata, sekiranya pelarasan pencen tidak dilaksanakan dan pemberian skim berkenaan pula tidak diteruskan pada tahun hadapan, ia akan memberi impak besar kepada pesara.

“Anggota tentera menerima pencen 10 peratus lebih rendah berbanding pesara perkhidmatan awam lain, disebabkan tempoh perkhidmatan kurang 25 tahun tiga bulan. Ini kerana memang tempoh perkhidmatan tentera ditetapkan selama 21 tahun.

“Veteran ATM sudah lama menderita dengan kadar pencen rendah itu, tambah pula dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup meningkat ketika ini menambah lagi beban serta penderitaan mereka,” katanya. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related