HEADLINES

Ahli Parlimen PN keluar Dewan Rakyat beramai-ramai

Tindakan itu susulan tidak berpuas hati selepas Ahli Parlimen Putrajaya diarah berbuat demikian

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar Dewan Rakyat beramai-ramai sebagai tanda protes selepas Ahli Parlimen Putrajaya dari gabungan berkenaan, Radzi Jidin diarah Speaker, Tan Sri Johari Abdul supaya meninggalkan kerusinya.

Ia susulan Radzi bertindak membidas dan ‘melawan’ Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Radzi dikenakan arahan itu selepas gagal menuruti arahan Johari supaya beliau duduk dan berhenti mempertikaikan keputusan dibuat Dewan Rakyat yang menolak permohonannya supaya Anwar menarik balik kenyataan dibuat terhadapnya.

Malah, bekas Menteri Pendidikan itu juga berlawan kata dan ‘terjerit’jerit’ dengan Ahli Parlimen kerajaan walaupun sudah diarahkan duduk.

Ia mengganggu Perdana Menteri yang sedang menjelaskan isu berhubung kes keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan Yayasan Akalbudi.

Suasana gamat itu menyebabkan Johari memberi amaran terakhir supaya Radzi menuruti arahan diberikan atau keluar dewan.

“Saya akan buat keputusan, kalau semua bercakap saya nak buat keputusan macam mana, awak tak nak duduk macam mana saya nak buat keputusan?

“YB (Radzi) suruh saya buat keputusan…saya cakap dengan Putrajaya adakah awak mencabar saya, cakap ya atau tidak…

“Putrajaya keluar sekarang,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut turut bangun dan menyatakan sekiranya Radzi diminta keluar, semua ahli Parlimen gabungan itu akan melakukan tindakan sama.

“Putrajaya ingin menjaga maruah diri sendiri…kalau speaker minta Putrajaya keluar, bermakna maruah kami juga, kita semua akan keluar sebab saya tidak boleh menerima sesuatu tidak dipertanggungjawabkan dengan adil, kita mahu sesuatu yang adil, berikan keadilan,” katanya. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related