Memperkenalkan MADANI kepada dunia

Penampilan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan menyentuh kisah perpaduan Malaysia dan tadbir urus yang baik, moderasi serta keadilan sosial

8:44 AM MYT

 

NEW YORK – Pemimpin dan perwakilan dunia yang berkumpul di sini untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 akan mendengar dengan penuh perhatian ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri.

Ucapan itu tampak seperti sudah disediakan untuk 25 tahun ketika Anwar dijangka menggantikan Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada penghujung 1990-an sebelum dipecat pada 1998.

“Ramai pemimpin dari negara lain yang memaklumkan bahawa mereka menantikan ucapan Perdana Menteri berikutan pengalaman dan kepimpinannya,’’ kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kepada wartawan Malaysia, di sini pada Isnin.

Anwar dijangka menjelaskan mengenai rangka kerja MADANI – yang pada dasarnya merangkumi nilai-nilai sejagat kerajaan yang baik, keadilan sosial dan pembangunan modal insan.

“Adalah amat penting bagi kami untuk dunia mengetahui mengenainya, ‘’ tambah Zambry.

Anwar dijangka berucap pada 10 malam, Jumaat ini (22 September).

Ucapan Anwar adalah berdasarkan kepada Tema Debat Umum UNGA iaitu “Rebuilding Trust and Reigniting Global Solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all’’.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan pilihan raya umum yang memudaratkan serta memecah belahkan turut menjadi titik perbincangan – di perhimpunan itu selain perbincangan-perbincangan di UNGA.

Anwar juga akan memperkuatkan seruan kepada perpaduan, keamanan dan pemerintahan yang baik ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam (ICC) – iaitu pemimpin dunia pertama berbuat demikian di ICC, yang dikenali kerana program kepelbagaian agama.

Secara sinifikan, Anwar akan bertemu dengan syarikat-syarikat Fortune 500 termasuk Boeing, Philip Morris International dan Procter & Gamble untuk membentangkan mengenai kestabilan ekonomi Malaysia, kepimpinan serantau, kemudahan menjalankan perniagaan dan kesederhanaan – semuanya yang berlatar belakangkan kepada kestabilan politik hasil kematangan politik semua untuk bersama-sama bekerja demi kebaikan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan diiringi Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pertemuan tersebut.

Menteri-menteri lain dalam delegasi itu ialah Zambry, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa.

Isteri Anwar yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut serta.

Beberapa Ahli Parlimen termasuk Ipoh Timur, Howard Lee; Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong); Onn Abu Bakar (Batu Pahat); dan P. Prabakaran (Batu) juga berada dalam delegasi tersebut bersama dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Sim Kui Hian dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Beberapa ketua perniagaan juga dijangka bertemu Anwar dalam sesi pelaburan dalam perbincangan satu sama lain.

Anwar juga dijangka bertemu dengan rakan baiknya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Iran, Ebrahim Raisi; Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesighe; Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan Presiden Iraq Abdul Latif Rashid.

Zambry pula telah bertemu dengan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson bersama rakan sejawatnya dari Hungary Péter Szijjártó; Rwanda Vincent Biruta; dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan.

Datuk Seri Zambry Abd Kadir (kanan) bertemu dengan Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson (kiri) di UNGA ke-78 di New York. – Gambar dari Wisma Putra, 20 September 2023

Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Lithuania Gabrielius Landsberg; Finland, Elina Valtonen, Luxembourg Jean Asselborn; Oman Sayyid Badr Hamad Al Busaidi. – 20 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related