HEADLINES

Rempuhan Putrajaya: Rasa tidak sedap hati petanda berita buruk mengenai bakal tunang

Farah Atikah Bakri berkata dia rasa berdebar-debar selepas mendapat tahu mengenai kemalangan ngeri tersebut, sebelum berkali-kali menghubungi Faris Haziq Abu Bakar namun tidak berjawab

4:58 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Rasa tidak sedap yang dialami seorang jururawat menjadi petanda berita buruk mengenai bakal tunangnya yang maut dalam kemalangan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, semalam.

Farah Atikah Bakri, 24, berkata dia rasa berdebar-debar selepas mendapat tahu mengenai kemalangan ngeri tersebut, sebelum berkali-kali menghubungi Faris Haziq Abu Bakar, 25, namun tidak berjawab.

Jururawat Hospital Putrajaya itu berkata sebelumnya, dia ada menghubungi bakal tunangnya kira-kira 9.50 pagi dengan Faris Haziq menyatakan sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

“Bila tahu mengenai ada kemalangan di Putrajaya, saya hubungi dia banyak kali tetapi tidak angkat… kira-kira 6 petang, kakaknya maklumkan dia sudah tiada.

“Saya terus masuk bilik bedah siasat (Hospital Putrajaya) dan tengok dia (Faris Haziq). Allah SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Allahyarham Faris Haziq yang merupakan pekerja Pos Malaysia antara dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik semalam.

Kemalangan kira-kira 10.15 pagi yang melibatkan 14 buah kenderaan iaitu treler terbabit, sebuah lori satu tan, tujuh kereta serta lima motosikal itu berlaku apabila treler berkenaan melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit. 

Seorang lagi yang dilapor meninggal dunia ialah pekerja di Mahkamah Ampang Yuswar Mohd Uyus, 39.

Sementara itu, ibu Allahyarham Faris Haziq, Mazlina Mansor, 56, berkata anaknya ada menyatakan hasrat untuk bertunang dengan pilihan hatinya selepas perkahwinan kakaknya Fatin Hamimi pada 29 Okt ini.

“Kami memang rancang selepas kakaknya kahwin, kita akan bincang mengenai pertunangan Faris Haziq dengan pilihannya tetapi fokus awal adalah selesaikan urusan kakaknya dahulu,” katanya.

Mazlina berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang di Semenyih, Selangor selepas proses bedah siasat selesai. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related