HEADLINES

Biar PM yang putuskan pengganti Salahuddin: Adly

Perkara itu tiada dibincangkan pun setakat ini dan kuasa untuk melantik menteri di bawah bidang kuasa Perdana Menteri: Adly

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun namanya antara yang disebut bakal mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Adly Zahari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, enggan mengulas desas-desus tersebut dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskannya.

Adly yang juga Naib Presiden parti Amanah dan mantan Ketua Menteri Melaka ketika dihubungi Scoop hari ini memaklumkan, setakat ini tiada perbincangan diadakan berkaitan perkara berkenaan.

“Perkara itu tiada dibincangkan pun setakat ini dan kuasa untuk melantik menteri di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Buat masa ini saya tidak berani hendak komen apa-apa lagi, biar Perdana Menteri yang putuskan sebab tidak sesuai untuk saya ulas,” katanya.

Sebelum ini beberapa sumber parti Amanah mengesahkan Adly yang juga Naib Presiden parti itu antara nama yang disebut sebagai pengganti kepada mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pada 23 Julai lalu.

Selain memegang jawatan kanan dalam parti, sumber juga memberitahu bahawa Adly juga dilihat sebagai pemimpin muda yang mampu menyambung legasi pendahulunya.

Beberapa nama telah disebut bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri KPDN termasuk Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan Pengarah Strategi parti Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad .

Malah, nama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut disebut akan mengisi kekosongan tersebut.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi secepat mungkin.

Anwar bagaimanapun berkata, jika sesiapa mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan terbabit, boleh menulis surat kepadanya.

Jawatan berkenaan kini dipangku oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related