HEADLINES

5 kelas di SK Permatang Tok Kandu terbakar, 3 daripadanya musnah 100 peratus

Kebakaran dapat dikawal dalam masa 30 minit dengan tiga buah kelas mengalami kemusnahan 100 peratus manakala dua lagi terbakar 40 peratus.

7:14 PM MYT

 

PERMATANG PAUH – Lima buah kelas di tingkat tiga di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar sebentar tadi, mengakibatkan api menjulang tinggi.

Pegawai Operasi Bomba, Abd Manap Kadir berkata, pihaknya menerima laporan pada 6.02 minit dan berkejar ke tempat kejadian.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 30 minit dengan tiga buah kelas mengalami kemusnahan 100 peratus manakala dua lagi terbakar 40 peratus.

Keadaan kelas yang musnah terbakar dalam kebakaran di SK Tok Kandu, Pulau Pinang, petang tadi. – Gambar ihsan Bomba Pulau Pinang, 22 September, 2023

“Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian, kita mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga sebuah sekolah dengan keluasan 50 x 150 KPS.

“Kebakaran berlaku di tingkat 3 yang melibatkan 5 buah kelas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beberapa anggota Bomba bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di SK Tok Kandu, Pulau Pinang. – Gambar ihsan Bomba Pulau Pinang, 22 September, 2023

Jelasnya, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan atau kematian dalam kebakaran terbabit.

Dalam pada itu, menurut sumber, ketika kejadian murid-murid telah pulang awal memandangkan hari ini adalah hari mengambil kad laporan – 22 September, 2023


Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related