HEADLINES

Anwar-Erdoğan, pasukan yang hebat: Duta Turkiye

Zaman kegemilangan Malaysia-Turkiye menerusi peningkatan hubungan dua hala dan usaha memerangi Islamophobia

9:13 PM MYT

 

NEW YORK — Dua pemimpin yang baru dilantik ini telah memacu dua negara yang stabil, melambangkan hubungan gemilang Malaysia-Turkiye

Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel yakin terhadap masa depan kedua-dua negara susulan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

“Potensi kedua-dua negara telah mendorong kita untuk meneroka peluang baru dalam setiap sektor.

“Saya berharap tempoh ini dijadikan peluang keemasan untuk meluaskan hubungan, dengan dua pemimpin yang baru dipilih, stabil dan kuat di kedua-dua negara,’’ kata Emir Salim kepada Scoop.

Dua pemimpin yang juga rakan rapat itu bertemu di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu.

“Ia jelas menunjukkan hubungan rapat dan lancar antara kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin itu menggunakan segala peluang untuk bertemu serta membincangkan hubungan dua hala serta isu global,’’ tambah Emir Salim.

Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel yakin terhadap masa depan kedua-dua negara susulan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdoğan. – Gambar Agensi Anadolu, 22 September, 2023

Beliau berkata, kenyataan bersama Anwar dan  Erdogan mengenai  Islamophobia menunjukkan usaha bersama untuk menangani kebimbangan mengenai diskriminasi yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Islam global.

“Hasil pertemuan itu menerussi ‘Joint Statement Regarding Increasing Hatred, Intolerance, Discrimination and Acts of Violence Against Muslims and their sanctities’ menunjukkan dengan jelas akan koordinasi dan keharmonian kedua-dua pemimpin tersebut”, tambah Emir Salim.

Beliau berkata, Turkiye dan Malaysia akan terus memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dalam pelbagai sektor seperti teknologi, industri pertahanan, pelaburan, budaya dan pendidikan.

Pada Rabu, Anwar mendedahkan bahawa kerajaan Turkiye mahu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menguruskan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen (ISG).

“Turkiye gembira dengan prestasi MAHB dan atas sebab itu ia mahu melanjutkan kontrak dengan syarikat berkenaan bagi menguruskan ISG,’’ kata Anwar kepada media Malaysia.

“Ia berpuas hati dengan pencapaian MAHB dan meneruskan kontrak kerana mereka merasakan MAHB mempunyai kapasiti untuk terus menguruskan lapangan terbang itu,’’ kata Anwar sambil menambah memandangkan Turkiye mahu menyambung landasan di lapangan itu, maka ia memerlukan rakan kongsi yang diyakini . – 23 September, 2023

Rocky Bru ialah Datuk Ahirudin Attan, Pengarah Eksekutif Kumpulan Big Boom Media, yang menerbitkan Scoop. Beliau juga merupakan presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related