◉ HEADLINES

Diskaun Mydin untuk pengamal media meliputi produk penjagaan diri

Diskaun itu diberikan kepada mereka yang mempunyai Kad Perakuan Media daripada Jabatan Penerangan sebagai komitmen dan penghargaan pihak Mydin kepada media

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produk penjagaan diri dan alat tulis merupakan antara barangan yang akan diberikan diskaun khas buat pemegang media sekiranya mereka berbelanja di Mydin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata diskaun istimewa itu diberikan kepada pengamal media yang mempunyai Kad Perakuan Media daripada Jabatan Penerangan sebagai komitmen dan penghargaan pihaknya kepada media yang banyak menyalurkan maklumat dan komunikasi yang tepat kepada masyarakat.

“Antara produk yang diberikan diskaun ialah produk penjagaan diri dan alat tulis. Kami berikan potongan harga bergantung kepada item yang terpilih,” katanya kepada Scoop.

Menurut Ameer lagi, pihaknya akan memperincikan berkenaan diskaun istimewa itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya pada esok (Isnin).

Hari ini, Mydin menerusi laman X memaklumkan setiap pemegang kad perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia akan diberikan diskaun khas jika berbelanja di premis tersebut.

Kesemua pemilik kategori kad media seperti penyelaras media, media dalam talian, media antarabangsa, media tempatan dan media rasmi layak menerima diskaun khas tersebut yang diletakkan menerusi program Rakan Eksklusif Mydin. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related