◉ HEADLINES

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara: Fahmi Fadzil

Adalah penting untuk menerima pendigitalan bagi membolehkan sesebuah negara kekal kompetitif dan menambah baik kualiti hidup rakyatnya

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan. 

Beliau berkata adalah penting untuk menerima pendigitalan bagi membolehkan sesebuah negara kekal kompetitif dan menambah baik kualiti hidup rakyatnya selain meningkatkan daya saing industri yang menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) serta automasi.

“Ini bukan pilihan yang kita ada tetapi keputusan yang perlu diambil lebih awal berbanding di kemudian hari. Teknologi tidak menunggu kita dan jika kita masih teragak-agak, pesaing kita akan dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi pada kos lebih rendah yang mungkin menjadikan Malaysia kurang berdaya saing di pentas global.

“Pendigitalan, sebagai bahagian penting dalam rancangan pembangunan dan kedaulatan negara, adalah alat yang perlu dikuasai Malaysia untuk muncul sebagai Harimau Digital Asia serta menjadikan kehadiran kita dirasai.

“Jika kita ingin memiliki kelebihan sebagai destinasi pelaburan, kita tidak lagi boleh bertangguh untuk melabur ke arah menyepadukan teknologi ini dalam proses pembuatan kita,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program ‘Ericsson Imagine Live: Accelerating a Digital Malaysia with 5G’ di sini hari ini.

Fahmi berkata pendigitalan juga akan menjadikan perniagaan dan pentadbiran kerajaan lebih bertanggungjawab dengan keupayaan untuk mengukur serta menganalisis data, yang memberikan pemahaman mengenai keberkesanan dasar dan strategi.

“Pendigitalan berpotensi untuk membawa industri kotej kita ke pasaran global, yang mampu meningkatkan potensi pendapatan bagi komuniti luar bandar yang lebih kecil untuk mempersembahkan hidangan istimewa tempatan kepada chef di seluruh dunia.

“Berbekalkan platform digital, perusahaan kecil dan sederhana juga mampu mendekati pangkalan pelanggan global kerana e-dagang telah merevolusikan cara perniagaan beroperasi,” katanya.

Justeru, beliau berkata acara seperti Ericsson Imagine Live menggalakkan industri untuk berhimpun dan membangunkan pemahaman yang lebih baik mengenai trend global serta memacu pembangunan inovatif  penggunaan dan perkhidmatan baharu 5G di negara ini.

“Inisiatif seperti ini akan terus menyokong serta meletakkan Malaysia sebagai nadi Digital ASEAN,” katanya. – 25 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related