◉ HEADLINES

Tolak penceramah suka mencarut dan tidak sensitif, terapkan budaya politik sihat

'Saya tidak bersetuju dengan kandungan ceramah yang boleh pecah-belahkan negara. Kenapa sehingga kini Sanusi masih lagi diberi perhatian?' : Azizuddin

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis politik meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai supaya menolak penceramah yang tidak sensitif dan suka mencarut semata-mata mahu mendapatkan perhatian.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Azizuddin Mohd Sani turut melahirkan rasa hairan kenapa Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor masih diberikan perhatian.

Profesor Azizuddin Mohd Sani – Gambar Bernama, 28 September, 2023

“Saya tidak bersetuju dengan kandungan ceramah yang boleh pecah-belahkan negara. Kenapa sehingga kini Sanusi masih lagi diberi perhatian?

“Kita kena tolak budaya (politik) yang kotor, kena terapkan budaya politik yang sihat,” katanya kepada Scoop.

PRK Pelangai yang berlangsung pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN iaitu Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

PRK DUN Pelangai diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang meninggal dunia dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor, bulan lalu.

PRK Pelangai yang berlangsung pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN iaitu Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas). – Gambar Bernama, 28 September, 2023

Azizuddin dalam pada itu ketika ditanya sama ada kehadiran Sanusi akan memberikan kesan untuk kempen Perikatan Nasional (PN) di DUN Pelangai berkata:

“Saya tidak merasakan Sanusi akan dapat menambat hati (pengundi Pelangai).

“Ia (kehadiran) bukanlah penanda arus yang dapat mengukur penerimaan penduduk di situ terhadap parti berkenaan. Saya tidak rasa yang hadir itu adalah orang tempatan. Ia mungkin orang luar.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beberapa ucapan dan ceramahnya semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu mengandungi kata-kata yang disifatkan sebagai tidak sopan. – 28 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related