◉ HEADLINES

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia

Oleh kerana gluten ialah bahan yang boleh mencetuskan alahan (alergen), SFA berkata ia telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan

10:21 PM MYT

 

SINGAPURA – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan gluten yang tidak diisytihar pada label pembungkusan makanan Organic Mee Suar (300g) Perasa Asli dari Malaysia.

Memandangkan gluten ialah bahan yang boleh mencetuskan alahan (alergen), SFA berkata ia telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.

“Menarik balik produk sedang dibuat,” kata SFA dalam satu kenyataan hari ini.

Alergen dalam makanan boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada individu yang sensitif terhadapnya.

Mengikut Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi ramuan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti, mesti diisytiharkan pada label pembungkusan makanan bagi melindungi pengguna yang mempunyai alahan makanan.

“Semua bahan dalam makanan yang dibungkus juga perlu dinyatakan pada label produk dalam tertib menurun mengikut perkadaran berat kandungannya,” menurut kenyataan itu.

Gluten ialah sejenis protein yang secara semula jadi dalam gandum dan bijirin lain.

“Gluten tidak menimbulkan isu keselamatan makanan kepada pengguna secara amnya, kecuali bagi mereka yang tidak bertoleransi atau alah kepada gluten,” kata SFA. – 28 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related