Peningkatan harga barang: PM akui keresahan rakyat, ‘kita cuba tangani, tampung kesan’

Anwar berkata, beliau sudah meminta pemangku menteri, timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memberi perhatian berhubung isu berkenaan

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud keresahan mendesak berkaitan kenaikan harga barangan yang memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat dan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, memahami keadaan itu, Kementerian Kewangan (MoF) sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangi kesan kenaikannya.

“Memang ada masalah, saya akui masalah harga barang dan keperluan. Negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang umpamanya.

“Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani,” katanya kepada media pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Menara TH di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Anwar berkata, beliau sudah meminta pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan timbalannya, Fuziah Salleh memberi perhatian berhubung isu berkenaan.

“Mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berjalan,” katanya.

Terdahulu, isu kenaikan harga barang masih membelenggu rakyat dan kali ini membabitkan harga serta bekalan beras.

Ia susulan kenaikan harga beras putih import, selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras super spesial tempatan (SST). Situasi itu bukan sahaja meresahkan orang ramai, terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai, malah membebankan kewangan.

Kebanyakan pengguna mendakwa kenaikan harga makanan ruji berkenaan menyebabkan mereka terpaksa membeli beras kampit seberat lima kilogram (kg), berbanding 10 kg seperti sebelum ini. – 29 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related