◉ HEADLINES

Tahanan warga Sri Lanka meninggal dunia selepas mengadu sakit dada

Lelaki berusia 43 tahun itu telah ditahan pada 23 September lalu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang tahanan lelaki warga Sri Lanka telah disahkan meninggal dunia di lokap berpusat Jinjang, ibu pejabat polis Daerah Sentul, jam 11 malam tadi selepas mengadu sakit dada.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis (JIIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 43 tahun itu telah ditahan pada 23 September lalu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada 30 September, kira-kira 11 malam, si mati telah mengadu sakit dada dan pihak hospital segera dihubungi. Penolong pegawai perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur, telah hadir memberikan rawatan awal dan mengesahkan kematian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di HKL bagi mengetahui punca kematian.

‘Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Amn akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut,” katanya. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related