HEADLINES

Dulu orang guna beras import, lepas naik harga, tukar beras tempatan

Kenaikan harga beras putih import bukan saja berlaku di Malaysia, malah ia turut melanda pasaran global

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peningkatan harga beras import di pasaran tempatan telah mendorong pengguna beralih kepada Beras Putih Tempatan (BPT), kata Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin.

Jelasnya, sebelum ini beras tempatan tidak mendapat sambutan malah tidak mendapat permintaan yang tinggi.

“Orang kita (sebelum ini) tidak pandang pun beras tempatan ini, sebetulnya ia tidak laku sangat dan kalau boleh kita tidak mahu menjualnya kerana tidak mendapat permintaan tinggi dan terpaksa pulangkan balik.

“Biasalah, kadang-kadang kononnya mentaliti kolonial namun apabila beras import naik sehingga RM40, daripada RM32 untuk 10kg, ramai yang beralih arah memilih menggunakan beras tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman yang tular di media sosial.

Datuk Ameer Ali Mydin berkata, beras putih yang dilaporkan mengalami kenaikan harga itu sebenarnya merujuk kepada beras import yang berkualiti tinggi – Gambar Facebook, 1 Oktober, 2023

Ameer turut memaklumkan, kenaikan harga beras putih import bukan saja berlaku di Malaysia, malah ia turut melanda pasaran global sehingga menyebabkan pengguna cenderung membeli BPT yang dijual pada harga kawalan, iaitu RM2.60 sekilogram (KG) atau RM26 sekampit.

“India pula kini mengharamkan eksport beras, di mana negara itu membekalkan 45 peratus bekalan itu kepada dunia.

“Apabila keadaan ini berlaku, negara lain pun mengambil tindakan menaikkan harganya. Harga yang jauh ini menyebabkan masyarakat tidak lagi menggunakan beras import,” katanya.

Dalam pada itu, Ameer turut menyangkal dakwaan bahawa kerajaan ketika ini sedang menekan rakyat dengan menaikkan semua harga beras, termasuk BPT.

Sebaliknya, kata beliau, harga beras putih yang dilaporkan mengalami kenaikan itu sebenarnya merujuk kepada beras import yang berkualiti tinggi.

“Harga (BPI) naik terlalu tinggi dan kita tidak boleh kata semua harga beras naik kerana beras cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lima peratus memang harganya dikawal. Kena bezakan perkara itu agar tidak berlakunya kekeliruan.

“Tidak semua beras itu digunakan sebaliknya ada yang akan diproses bagi dijadikan bihun serta bahan keperluan harian lain berasaskan beras,” katanya. – 1 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related