HEADLINES

Muhyiddin fail DNAA untuk baki 3 pertuduhan

Dokumen mahkamah menunjukkan permohonan itu difailkan oleh peguam beliau, Tetuan Chetan Jethwani & Co

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen pada Isnin supaya melepas tanpa membebaskannya (DNAA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Dokumen mahkamah menunjukkan permohonan itu difailkan oleh peguam beliau, Tetuan Chetan Jethwani & Co.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menuntut DNAA bagi baki pertuduhan pengubahan wang haram, di mana beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada 10 Mac lalu dengan dua pertuduhan menerima wang berjumlah RM195 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, dan pada 13 Mac di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan satu pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta.

Muhyiddin menyokong permohonannya, dengan menyatakan bahawa kesalahan yang dirangka di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, adalah tidak berasas, kerana kesalahan predikatnya yang melibatkan pertuduhan salah guna kuasa telah dibatalkan oleh mahkamah tinggi pada 15 Ogos.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa, membabitkan penerimaan suapan bernilai RM232.5 juta daripada parti Bersatu menerusi Projek Jana Wibawa.

Pada hari sama, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan itu.

Mahkamah menetapkan pendengaran rayuan itu pada 28 dan 29 Februari tahun depan.
Muhyiddin masih berdepan tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta, yang juga berkaitan projek Jana Wibawa.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi hari ini mengesahkan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan 29 November ini untuk mendengar permohonan DNAA serta permohonannya untuk penangguhan prosiding membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram, sementara menunggu kes di Mahkamah Rayuan. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related