HEADLINES

Anwar lawat bandar Masdar saksikan MoU bernilai AS$8 bilion dalam tenaga boleh diperbaharui

Ia juga merupakan sebuah zon bebas, direka menjadi hab perniagaan dan destinasi untuk syarikat teknologi bersih

8:50 PM MYT

 

ABU DHABI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Bandar Masdar, yang terkenal sebagai  bandar lestari terancang pertama di dunia.

Bandar yang terletak enam kilometer dari Lapangan Terbang Abu Dhabi, juga merupakan sebuah zon bebas, direka menjadi hab perniagaan dan destinasi untuk syarikat teknologi bersih.

Projek yang dimulakan pada 2008, Masdar ialah visi perintis Abu Dhabi tentang sebuah bandar masa depan.

Dengan matlamat menjadi menjadi bandar raya eko paling lestari di dunia, Masdar menjadi peneraju dalam membangunkan cetakan hijau bagaimana bandar-bandar dapat menampung pembandaran yang pesat dan mengurangkan tenaga, air dan sisa secara mendadak.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri turut diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bandar Masdar Ahmed Baghoum.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Industri dan Teknologi Maju Emiriah Arab Bersatu  (UAE) Dr Sultan Ahmed Al Jaber yang juga Pengerusi Masdar serta Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Perdana Menteri juga mengadakan perjumpaan dengan Sultan Ahmed sebelum menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Masdar (Abu Dhabi Future Energy Company PJSC) untuk membangunkan sehingga 10GW projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia bernilai US$8 bilion (US$1 = RM4.725).

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi.

 Kemudian, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Sheikh Zayed.

Perdana Menteri juga akan bertemu dengan rakyat Malaysia yang menetap di UAE hari ini.

Anwar tiba di sini pada Khamis untuk lawatan kerja dua hari ke UAE. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related