HEADLINES

Tindakan pantas polis berjaya selamatkan lelaki dari dihanyutkan air

Ketika kejadian, tiga anggota kawalan lalulintas JSPT KL yang terdiri daripada Koperal Syed Syafiq Syed Salim, Lans Koperal Shahril Kamaruzaman dan Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail sedang membuat pemantauan kawasan banjir

11:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang terperangkap di kereta berjaya diselamatkan oleh tiga anggota trafik selepas kenderaannya hampir ditenggelami air di Jalan Chan Sow Lin menghala ke Jalan Pudu, di sini, kira-kira 6 petang tadi.

Lelaki berusia 27 tahun itu berjaya dibawa keluar dari kereta jenis Nissan oleh anggota trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan, ketika kejadian, tiga anggota kawalan lalulintas JSPT KL yang terdiri daripada Koperal Syed Syafiq Syed Salim, Lans Koperal Shahril Kamaruzaman dan Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail sedang membuat pemantauan kawasan banjir.

“Mereka telah terlihat kejadian tersebut dan dengan pantas ketiga–tiga anggota tersebut membantu pemandu kenderaan jenis Nissan yang berumur 27 tahun keluar dari kenderaan dengan selamat,’’ katanya.

Hujan lebat petang tadi telah mengakibatkan kawasan Cheras ditenggelami air.

Ia juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu kota dengan 10 laluan di ibu kota mengalami banjir kilat. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related