HEADLINES

Lebih 16,000 pengundi DUN Pelangai memilih wakil rakyat hari ini

Sebanyak sembilan pusat mengundi melibatkan 30 saluran sudah dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup 6 petang nanti

8:20 AM MYT

 

BENTONG – Sebanyak 16,383 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.

Tepat 8 pagi ini, sebanyak sembilan pusat mengundi melibatkan 30 saluran akan dibuka hingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.

Ia melibatkan tiga pusat mengundi yang terletak dalam kawasan Felda iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Chemomoi, Sekolah Kebangsaan (SK)(Felda) Kemasul dan SK (Felda) Sungai Kemahal.

Pusat mengundi lain adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Telemong, SMK Seri Pelangai, SK Pelangai, SKJC Manchis, Dewan Serbaguna Sungai Gapoi dan Balai Raya Kampung Sungai Perdak.  

Cuaca diramalkan baik di daerah Bentong pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka pada waktu petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. 

Bagaimanapun, tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lepas, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos pada PRK itu.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Kasim (PN), calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad. 

PRK DUN Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas PRU-15 pada 19 November lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Bryan Lomas joins South Korea as national diving coach

34-year-old three-time Olympian's contract will last until the 2026 Asian Games

Related