HEADLINES

Sekolah boleh ditutup tanpa menunggu kelulusan PPD jika IPU lebih 200

Pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar

4:19 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Pihak sekolah boleh menutup sekolah tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

“Menurut garis panduan KPM dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah manakala jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian.

“Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan namun perlu memaklumkan kepada PPD,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew di sini, hari ini.

Tambahnya, pemakaian pelitup muka juga digalakkan di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.

Selain itu, Hui Ying turut menasihati ibu bapa agar sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak-anak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi berkata, setakat jam 9 pagi tadi, tiga daripada empat stesen bacaan IPU di Pulau Pinang merekodkan kualiti udara yang amat baik.

“Saya percaya keadaan jerebu di negeri ini menunjukkan pengurangan kerana hujan yang turun beberapa hari kebelakangan ini.

“Namun, saya telah memberi arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memantau jika terdapat peningkatan kes yang terlibat dengan sistem pernafasan akibat jerebu untuk pihak kami menyusuli dengan tindakan seterusnya,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related