HEADLINES

Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan PLKS dan program RTK di Gelang Patah

Imigresen turut menahan empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan seorang lelaki warga Bangladesh berstatus penduduk tetap

8:42 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menumpaskan sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan khidmat pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 kepada warga asing dalam serbuan di sebuah premis di Gelang Patah, di sini Khamis lepas. 

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan pada kira-kira 4.50 petang itu dibuat atas maklumat awam dan hasil risikan Unit Tindakan dan Operasi.

“Sindiket didalangi seorang warga Bangladesh dipercayai telah menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan, tiket penerbangan, E-visa dan khidmat pendaftaran program RTK 2.0 serta PLKS sejak setahun lepas dengan mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan kita merampas empat pasport India, sebuah komputer, sebuah mesin pencetak, enam telefon bimbit, satu set salinan dokumen perjalanan dan permit yang disyaki palsu serta wang tunai berjumlah RM320,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baharuddin berkata pihaknya turut menahan empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan seorang lelaki warga Bangladesh berstatus penduduk tetap.

Katanya kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 56 (1A) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Warga Bangladesh berstatus Penduduk Tetap tersebut pula ditahan di bawah Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 ( Akta 155 ) kerana melindungi warga asing,” katanya. 

Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan aduan dan maklumat berkaitan warga asing kepada pihak berkuasa.

“JIM tidak akan berkompromi atas apa jua bentuk kegiatan yang melanggar undang-undang dan memastikan usaha membanteras sindiket berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta aktiviti tidak berintegriti sentiasa dilaksanakan.

“Kita memandang serius kegiatan sindiket yang mengaut keuntungan dengan mengeluarkan dan membekalkan dokumen palsu yang boleh mencemar nama baik serta imej JIM,” katanya. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related