HEADLINES

Masjid seliaan Jakim anjur solat hajat untuk Palestin malam ini

Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melakukan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama

4:31 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, selepas solat isyak malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melakukan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama.

“Saya menyeru supaya seluruh umat Islam menunaikan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah serta bermunajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut menyeru majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk bersama-sama menyahut saranan berkenaan dengan mengadakan solat hajat di masjid dan surau di negeri masing-masing. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MACC probes claims of Singapore tycoon’s alleged role in Sabah mining scandal

This comes after whistleblower businessman Datuk Albert Tei alleges political persecution amid graft charges over RM350,000 in bribes

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related