Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat 10.2 peratus kepada RM1.079 trilion pada 2022

Ini kerana Seksyen 2, Akta A1635 menetapkan bahawa had statutori hutang dalam subseksyen 3(1), Akta 830 ditingkatkan daripada 60 peratus kepada 65 peratus

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Hutang Persekutuan adalah berjumlah RM1.080 trilion, iaitu meningkat
sejumlah RM99.776 bilion atau 10.2% berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM979.814 bilion, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022.

Laporan itu menyebut nisbah Hutang Persekutuan kepada Keluaran Negara Dalam Negeri (KDNK) adalah pada kadar 60.3 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 65 peratus daripada KDNK.

Ini kerana Seksyen 2, Akta A1635 menetapkan bahawa had statutori hutang dalam subseksyen 3(1), Akta 830 ditingkatkan daripada 60 peratus kepada 65 peratus, kepada KDNK berkuat kuasa 18 November 2021 hingga 31 Disember 2022.

Kedudukan Hutang Persekutuan ini terdiri daripada pinjaman dalam negeri berjumlah RM1.050 trilion atau 97.3 peratus manakala hutang luar negeri berjumlah RM29.513 bilion atau 2.7 peratus.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah diadakan pada 19 November 2022 dan menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional memerintah negara.

Kerajaan Persekutuan terus berada dalam kedudukan defisit iaitu perbelanjaan melebihi terimaan sebanyak RM99.482 bilion atau 5.6 peratus berbanding KDNK.

Defisit tersebut ditampung dengan pinjaman bersih daripada sumber dalam negeri sebanyak RM99.837 bilion.

Kedudukan defisit Kerajaan Persekutuan mengakibatkan peningkatan Hutang Persekutuan sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2% kepada RM1.080 trilion.

Disebabkan oleh prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih baik berbanding tahun 2021, kedudukan nisbah Hutang Persekutuan berbanding KDNK adalah sebanyak 60.3%, iaitu menurun berbanding 63.3% pada tahun 2021.

Sementara pinjaman dalam negeri mencatatkan peningkatan 10.5 peratus kepada RM99.994 bilion manakala hutang luar negeri berkurangan sejumlah RM0.218 bilion atau 0.7 peratus.

Manakala liabiliti Kerajaan Persekutuan yang dilaporkan di dalam Penyata Akaun Memorandum pada 31 Disember 2022 adalah berjumlah RM1.399 trilion berbanding RM1,305.046 bilion (2021).

Ia melibatkan Hutang Persekutuan sebanyak RM1,079.591 bilion berbanding RM979.814 pada 2021, Komitmen Kewangan sebanyak RM284.924 bilion pada 2022 berbanding (RM289.506 bilion pada 2021), Liabiliti PFI (RM34.492 bilion pada 2022) berbanding (RM35.575 bilion pada 2021) dan pelbagai liabiliti sebanyak RM 0.155 bilion pada 2022 berbanding RM0.151 bilion (2021).

LKAN turut mengesyorkan tiga perkara iaitu mempertingkatkan disiplin perbelanjaan mengurus, memperkasakan usaha penjanaan hasil dan pemantauan terhadap komitmen bayaran balik pinjaman.

“Langkah ini penting supaya lebihan hasil dapat dipertingkatkan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu.

“Selain itu bagi memastikan dana Kumpulan Wang Pembangunan dibelanjakan bagi projek-projek fizikal dan bukan fizikal yang termasuk di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia (RMK) lima tahun.

“Manakala perbelanjaan yang bertujuan sebagai penyaluran kepada syarikat bagi tujuan bayaran balik pinjaman perlu dipantau supaya tidak terus meningkat di masa hadapan dan memastikan setiap pelaporan dan perubahan dalam item penyata kewangan adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa,’’ kata laporan berkenaan.

Kerajaan Persekutuan terus berada dalam kedudukan defisit iaitu perbelanjaan melebihi terimaan sebanyak RM99.482 bilion atau 5.6 peratus berbanding KDNK.

Defisit tersebut ditampung dengan pinjaman bersih daripada sumber dalam negeri sebanyak RM99.837 bilion.

Kedudukan defisit Kerajaan Persekutuan mengakibatkan peningkatan Hutang Persekutuan sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2% kepada RM1.080 trilion.

Disebabkan oleh prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih baik berbanding tahun 2021, kedudukan nisbah Hutang Persekutuan berbanding KDNK adalah sebanyak 60.3%, iaitu menurun berbanding 63.3% pada tahun 2021. – 10 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related