HEADLINES

Modus operandi berubah, permintaan berterusan faktor ceti haram terus berleluasa

Justeru, pelbagai usaha dilaksanakan KDN, termasuk memperkasa keupayaan PDRM, meningkatkan kesedaran orang ramai dan bekerjasama dengan SKMM

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan ceti haram menukar modus operandi pengiklanan mereka daripada kaedah menampal poster di tempat awam kepada strategi laman sosial, menyebabkan kegiatan itu semakin berleluasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ditambah dengan permintaan berterusan daripada masyarakat, mengakibatkan ia menjadi antara penyebab utama kegiatan pinjaman wang tidak berlesen atau Along semakin menggalakkan, umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

“Permintaan ini wujud disebabkan tawaran Along atau ceti haram lebih mudah diperoleh daripada pinjaman ditawarkan institusi perbankan dan institusi kewangan berlesen. Ceti haram sudah menukar operasi ‘pengiklanan’ menerusi laman media sosial, sehingga menyebabkan ia terus berleluasa sehingga kini.

“Kalau dulu mereka (Along) tampal poster (iklan) di stesen bas dan tempat awam, tetapi kini sudah beralih menggunakan laman media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Shamsul Anuar menegaskan, susulan situasi itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi mencegah kes Along.

Justeru, katanya, KDN mahu mempertingkat kesedaran awam berhubung modus operasi digunakan Along pada masa kini.

“(Antaranya), orang ramai boleh menyemak di portal Semak Mule sebelum ingin membuat sebarang pinjaman,” katanya.

Menurutnya, KDN turut bekerjasama dengan pihak berkuasa menerusi tindakan menurunkan iklan pinjaman wang, meminta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) memadam iklan pinjaman wang tidak berlesen di media sosial dan mengesan Along melalui pelbagai sumber.

“Ia termasuk nombor telefon yang terdapat pada iklan. Polis juga menjalankan kerjasama dua hala dengan syarikat telekomunikasi, SKMM (untuk membantu mengesan lokasi suspek),” katanya.

Katanya, berdasarkan rekod, sebanyak 734 operasi dijalankan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan Along sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2023.

“Seramai 898 orang ditangkap dan 146 kes dikenakan pertuduhan. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Related