◉ HEADLINES

PAC: Prosiding HRD Corp bermula 23 Oktober ini

Prosiding berkenaan akan memanggil beberapa saksi, iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Datuk Amran Ahmad serta Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood.

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bakal memulakan prosiding membabitkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) bermula 23 Oktober ini.

Naib pengerusinya, Wong Shu Qi berkata, prosiding itu diadakan bertujuan mengkaji dan meneliti pengurusan serta keberkesanan program HRD Corp.

“Prosiding dikenali Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp ini akan bermula pada 23 Oktober.

“Tujuan ia diadakan bagi memastikan dana dan peruntukan kerajaan diurus dengan cekap serta berkesan, selain mengikut garis panduan dan prosedur sudah ditetapkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.prosi

Beliau berkata, program dan latihan dibekalkan nanti akan turut diteliti.

Katanya, penelitian itu adalah bagi memastikan dana dan peruntukan diberi untuk tujuan pemantapan kompetensi serta tenaga mahir negara adalah bertepatan dengan keperluan majikan, arus industri dan ekonomi semasa,” katanya.

Ahli Parlimen Kluang itu turut menyatakan prosiding berkenaan akan memanggil beberapa saksi, iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Datuk Amran Ahmad serta Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood.

HRD Corp bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pengembangan bakat Malaysia melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan, selain pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related