HEADLINES

‘Saya minta TikTok ikut undang-undang Malaysia, cari solusi atasi berita palsu’: Fahmi

Beliau berkata, pada pertemuan itu pihak pengurusan TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka, berikutan ketiadaan wakil di Malaysia ketika ini

1:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sudah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi TikTok bagi mendapatkan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit berhubung perkhidmatan rangkaian media sosial antarabangsa itu.

Ia susulan peningkatan penyebaran berita palsu di platform media sosial itu serta berkaitan operasi jualannya di Malaysia.

Beliau berkata, pertemuan diadakan semalam itu diketuai Naib Presiden Global TikTok, Helena Lersch.

“Dalam perbincangan itu, saya menegaskan bahawa TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang negara ini.

“TikTok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan, termasuk penularan bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi Fadzil (tengah) ketika pertemuan bersama pihak pengurusan TikTok yang diketuai Helena Lersch (dua, kiri) semalam, bagi membincangkan mengenai perkhidmatan platform itu di Malaysia. – Gambar Facebook Fahmi Fadzil, 12 Oktober, 2023

Fahmi berkata, beliau turut menekankan mengenai pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan hal itu mesti diperbetul segera.

“Pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini. Saya juga menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.

“Ini berikutan aduan daripada gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan akibat iklan ditempah terus dengan platform media sosial,” katanya.

Menurutnya, TikTok sudah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, mereka (pengurusan TikTok) memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera bagi menyelesaikan isu ini,” katanya. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related