Lebih baik haramkan media sosial, berbanding larang buat live ketika persidangan: Shahidan

Ia disebabkan terdapat Ahli Parlimen menggunakan tablet bagi menyampaikan perbahasan sempena pembentangan Bajet 2024

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berpendapat larangan penggunaan peranti gajet, seperti telefon bimbit di meja setiap Ahli Parlimen untuk membuat penstriman langsung ketika persidangan Dewan Rakyat, tidak relevan dan mencetuskan persoalan.

Menurutnya, ia disebabkan terdapat Ahli Parlimen menggunakan tablet bagi menyampaikan perbahasan sempena pembentangan Bajet 2024.

Justeru, beliau mencadangkan adalah lebih baik Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial seperti TikTok, berbanding melarang Ahli Parlimen menggunakan peralatan elektronik bagi tujuan penstriman langsung pada persidangan Parlimen.

“Ketika ini pelbagai pihak, khususnya orang ramai mempersoalkan tindakan kerajaan melarang penggunaan peranti, seperti telefon bimbit di meja Ahli Parlimen untuk membuat penstriman langsung, namun peliknya ada Ahli Parlimen menggunakan tablet untuk membuat penstriman semasa pembentangan Bajet 2024.

“Saya antara orang tidak tenteram dibuatnya sebab bila Yang Dipertua Dewan Rakyat keluar peraturan mengharamkan bawa masuk peranti, tapi ramai kawan-kawan bawa iPad (tablet) dan kalau ikutkan ia boleh menyiarkan TikTok.

“Jadi, nak tanya Yang Berhormat (Timbalan Speaker), apakah peranti ini benda ini (stand telefon) atau telefon (bimbit), yang mana satu. Jika dimaksudkan dengan (stand telefon), okay (sebab) boleh gunakan telefon dan lain-lain, kecuali Parlimen mengharamkan TikTok,” katanya ketika mencelah perbahasan sempena Bajet 2024 di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan meluahkan kekecewaan apabila masih tiada sebarang jawapan diberikan berhubung perkara berkenaan walaupun usul terbabit sudah dihantar kepada Johari.

“Saya masih belum dapat jawapan sehingga hari ini apa dimaksudkan dengan peranti sebab kalau tidak, kawan-kawan saya di TikTok akan tertanya-tanya apa dimaksudkan Parlimen dengan peranti itu dan sebab utama apa TikTok tidak boleh disiarkan.

“Kami wakil rakyat. Jadi, macam mana masyarakat setempat nak tahu pasal kami. Kalau RTM tentu berpihak pada kerajaan. Tak adil dibuat begitu sebab inilah medium kami ada untuk disebarkan (maklumat) pada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor mengambil maklum kegusaran dihadapi Shahidan dan menyatakan keputusan untuk meneliti semula perkara berkenaan hanya boleh dibuat Johari.

Semalam, Johari memaklumkan bahawa Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat penstriman langsung di media sosial menggunakan peranti peribadi ketika menyampaikan ucapan pada sesi persidangan Dewan Rakyat.

Jelasnya, ketetapan itu dibuat selepas mendapati trend Ahli Parlimen memasang peranti, seperti telefon bimbit di meja masing-masing untuk membuat penstriman langsung semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Katanya, mengikut Peraturan Mesyuarat 35(1), Ahli Parlimen perlu mengarahkan ucapan kepada Pengerusi mesyuarat. – 17 Oktober, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related