‘Gabungan’ PAS dalam Kerajaan Perpaduan mampu elak politik tidak sihat, wujud pelbagai kebaikan…

Katanya, situasi itu kerana tiada lagi politik fitnah, tohmah dan adu-domba yang merugikan serta memudaratkan

10:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekiranya PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, ‘suhu politik’ negara dapat diturunkan, sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penyertaan PAS ke dalam Kerajaan Perpaduan juga membolehkan fokus utama kepada soal memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dapat diberikan.

Katanya, situasi itu kerana tiada lagi politik fitnah, tohmah dan adu-domba yang merugikan serta memudaratkan.

“PAS akan memperoleh pelbagai kebaikan sekiranya parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan, termasuk tiada lagi fatwa atau ceramah daripada pimpinan dan pendokong PAS yang ‘mengkafirkan’ atau ‘menyesatkan’ mana-mana pihak, terutamanya parti yang berbeza ideologi.

“Penyertaan itu juga membolehkan tiada isu Islam terancam atau Melayu terancam terus dimainkan, sebagaimana sering disebarkan dalam pelbagai media dan pentas ceramah.

“DAP sekali lagi akan disucikan dengan fatwa baharu sebagaimana ketika mereka bersama dalam gabungan untuk hadapi PRU (Pilihan Raya Umum) tahun 1999, 2004 dan 2008,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, menerusi ‘gabungan’ itu, Umno akan kembali dibersihkan dan tiada lagi kata nista, label seperti ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’ serta pelbagai gelaran yang dikaitkan dengan binatang, sebagaimana pengalaman 22 bulan dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Penyatuan Ummah.

“Tiada lagi istilah Malaysia menuju negara sekular kerana bersekongkol dengan parti DAP yang dilabelkan ‘kafir’ dan sekular,” katanya menerusi kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata, jika PAS menyertai pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada lagi parti dalam Kerajaan Perpaduan, terutamanya yang mempunyai orang Melayu Islam seperti Umno, Amanah dan PKR yang akan dilabel ‘Barua DAP’, ‘Penjilat DAP’ atau label-label ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya.

“Anwar Ibrahim akan kembali dijulang PAS sebagai pemimpin Islam yang suci dan bersih sebagaimana waktu PRU ke-10, ke-11 dan ke-12 dahulu.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agong parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyebut “PAS belum terima tawaran rasmi sertai Kerajaan Perpaduan dan ‘tak lama dah, takkan PAS dengan 18 kerusi boleh jadi kerajaan, tapi 43 kerusi jadi pembangkang’, sebagai menarik.

“Malah Timbalan Presiden PAS awal-awal lagi memberikan isyarat bahawa Muktamar PAS tidak akan menghalang sebarang perbahasan mengenai kemungkinan menyertai Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Kelmarin, Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam, Selangor berkata, parti itu yakin akan kembali menjadi sebahagian gabungan yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi.

Malah, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata, ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen, namun PAS kembali sebagai pembangkang selepas memenangi 43 kerusi dan ia ‘tanda kiamat semakin hampir’.

Takiyuddin pula dilapor berkata, PAS masih belum menerima sebarang tawaran atau jemputan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Parti itu, katanya, masih belum menerima apa-apa perkara berkaitan berhubung perkara itu, walaupun Perdana Menteri membuat tawaran terbuka mengenainya dalam temu bual Time Magazine. – 20 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related