HEADLINES

PAS kena ubah pendekatan untuk tarik sokongan bukan Islam, kena lawan persepsi negatif parti ekstremis

Penerangan kepada mereka yang bukan Islam perlu dilakukan secara berhemah dan beradab bagi memastikan persepsi negatif terhadap PAS dapat dihapuskan

10:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – PAS sukar menarik sokongan bukan Islam kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai parti itu, demikian pandangan Naib Yang Dipertua PAS Bentong, Kasim Samat yang mengakui sukar untuk melawan persepsi yang menyatakan bahawa PAS adalah parti ekstremis.

“Kena banyakkan lagi program kemasyarakatan dan PAS perlu turun padang jumpa penduduk bukan Melayu seperti di tempat saya di Bentong dan Raub.

“Kita pernah mengadakan program silang budaya di bawah lajnah perpaduan dan kesannya terbukti apabila parti mendapat pertambahan undi. Ini kerana mereka mendapat maklumat dari kita sendiri, bukan pihak lain,” katanya ketika ditemui Scoop hari ini.

Kasim Samat mengakui sukar untuk melawan persepsi yang menyatakan bahawa PAS adalah parti ekstremis – Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

Beliau mengulas mengenai ucapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini yang antara lain berkata kelemahan parti tersebut adalah menarik sokongan bukan Islam.

Ia turut diakui oleh bekas Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari yang mendedahkan tugasan terbesar yang belum dicapainya sepanjang sepenggal menerajui sayap tersebut adalah menjernihkan persepsi bukan Islam terhadap parti berkenaan.

Sementara Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, Zulfadli Zakaria pula berpandangan, penerangan kepada mereka yang bukan Islam perlu dilakukan secara berhemah dan beradab.

Ia bagi memastikan persepsi negatif pengundi bukan Islam terhadap PAS dapat dihapuskan.

Zulfadli Zakaria pula berpandangan, penerangan kepada mereka yang bukan Islam perlu dilakukan secara berhemah dan beradab – Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

“Kita perlu menepis segala fitnah yang dilaporkan terhadap kita, contohnya PAS sebagai ekstremis.

“Terbukti sebelum ini di Kelantan dan Kedah di mana penduduk bukan Islam hidup secara aman damai, tiada masalah. Ini yang perlu kita perkenalkan kepada orang bukan Islam,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Lahad Datu, Mohd Ahzam Che Mat pula berkata pelbagai pendekatan yang dilaksanakan kepimpinan parti perlu diperkasakan agar orang bukan Islam tidak terpengaruh dengan dakyah buruk yang cuba menjatuhkan Perikatan Nasional (PN).

Mohd Ahzam Che Mat berkata, PAS juga perlu melakukan program yang tidak nampak terlalu Islamik kerana parti itu pernah dicop rasis – Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

“Diharap selepas ini mereka yang bukan Islam terbuka hati menerusi pendekatan siasah itu,’’ katanya.

Selain itu, kata Ahzam, PAS juga perlu melakukan program yang tidak nampak terlalu Islamik kerana parti itu pernah dicop rasis.

“Justeru, untuk kita menolak dakwaan itu mungkin kita boleh turun di kampung atau kawasan di majoriti bukan Islam dan mengadakan program lebih santai seperti sambutan Tahun Baru Cina, edaran buah limau atau tarian naga tapi tidak lari dari syariah Islam,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Fahmi Fadzil takes Papagomo, Ahmad Dusuki and Mohd Fauzan to court for alleged defamation

Minister seeks justice after three-year wait following false allegations of political campaigning in a mosque

Early Melaka, Johor polls could redefine BN-PH ties ahead of GE16: analysts

Barisan Nasional’s desire to contest the state elections without Pakatan Harapan would be a litmus test for its true strength, bargaining power, and future alliance strategy

Related