HEADLINES

Lelaki kibar bendera Israel sudah diambil keterangan, keluarga maklum ada masalah mental tapi…

Polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes itu

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, keluarga suspek mendakwa lelaki tersebut yang juga seorang peniaga mengalami masalah mental.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut mendapati dia mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah narkotik.

“Keluarga suspek memaklumkan lelaki itu mempunyai masalah mental. Pelaku sudah memohon maaf dan menurunkan bendera berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ketika ini polis masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes itu.

Terdahulu, tindakan pemilik sebuah premis perniagaan di Terengganu menggantung bendera Israel di luar kedainya mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok (@sekompo_2u), bendera tersebut jelas kelihatan dikibarkan di premis berkenaan.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan pemilik premis terbabit yang seolah-olah menyokong perjuangan rejim Zionis.

Pada masa yang sama, netizen turut mempersoalkan bagaimana individu tersebut boleh mendapatkan bendera berkenaan.

Namun, ada pula beranggapan ia mungkin perbuatan khianat yang sengaja dilakukan oleh pihak tertentu. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ismail sahkan Exco sebulat suara iktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz

MB Negeri Sembilan mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri meneruskan pewartaan Surat Cara Proklamasi, membelakangkan ketetapan Dewan Keadilan dan Undang serta amaran peguam baginda

SMART team leaves for Nepal, to focus on last known area of missing Malaysians

11-member team will be in disaster area for 10 days

DNA samples from families of 55 missing Malaysians in Nepal obtained for matching process

Foreign Ministry ready to send Chemistry Department experts to assist Nepal in identifying victims after floods and landslides

Related