Zaman Nik Aziz, Hadi tidak berbeza layanan kepada bukan Melayu, ‘perbandingan hanyalah dakyah pihak tertentu’

Cubaan membezakan zaman pimpinan PAS itu hanya mainan DAP termasuk dakwaan PAS zalim kepada mereka yang bukan Islam

3:26 PM MYT

 

SHAH ALAM – PAS menafikan layanan dan pendekatan berbeza diberikan kepada bukan Melayu ketika parti di bawah Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan zaman pimpinan Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, perbandingan itu hanyalah dakyah pihak tertentu, terutama DAP untuk menunjukkan PAS sebuah parti Islam yang tidak adil dan ekstrem.

“Dia (layanan) tidak berbeza, pendekatan itu jugalah dimainkan, pada zaman Tuan Guru Nik Aziz pun sama. Kita bercakap soal Islam for all (untuk semua). Itu dah lama dan terbukti.

“Ketika Haji Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu pada 1999, dia juga beri keadilan kepada bukan Melayu yang berada di Terengganu. Dari segi demografi penduduk bukan Islam di Terengganu lebih kecil dari Kelantan, tapi kita beri keadilan kepada semua.

“… dan kita tahu bagaimana sejak mutakhir ini orang bukan Melayu pun tidak beri sokongan kepada kita. Namun kita tetap berkhidmat sebagai pemimpin dalam kerajaan kita tetap beri keadilan, yang miskin kita bantu walaupun mereka tidak sokong kita,” katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini.

Datuk Idris Ahmad berkata, sekarang PAS bergerak ke depan dengan Perikatan Nasional (PN) dan penyatuan ummah yang lebih besar – Alif Omar/Scoop, 22 Oktober, 2023

Mengulas lanjut, beliau berkata, cubaan membezakan zaman pimpinan PAS itu hanya mainan DAP termasuk dakwaan PAS zalim kepada mereka yang bukan Islam.

“Kena ingat DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001. Ketika itu Nik Aziz Mursyidul Am, Datuk Fadzil Mohd Nor Presiden. Waktu itu DAP ugut nak keluar Barisan Alternatif kerana PAS nak mengemukakan dokumen negara Islam.

“Dia (DAP) nak ugut kita, Fadzil Nor kata ‘lantak hang nak gi mana pun, nak ugut kami sorry (maaf) lah. DAP akan main sentimen apabila orang ikut dia, maka itulah kawan baik dia, bila tak ikut, itulah orang yang gembar-gembur sebagai musuh kepada DAP.

“Itu tak betul, sebab itu kewujudan DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS) tidak ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata, setakat hari ini tiada perbincangan dalam kalangan kepimpinan untuk menjalin kerjasama dengan Umno.

Ditanya mengenai keluhan Ahli Parlimen pembangkang yang masih mengharapkan peruntukan daripada kerajaan Pusat, Idris berkata, mereka boleh memberi bantuan di kawasan masing-masing sekadar yang mampu kerana rakyat memahaminya – Alif Omar/Scoop, 22 Oktober, 2023

“Setakat hari ini kita tak bincang, (kerjasama dengan Umno). Kita perkukuhkan parti kita, kalau nak bersama, itu kita bincang kemudian.

“Sekarang kita bergerak ke depan dengan Perikatan Nasional (PN) dan penyatuan ummah yang lebih besar.

“Sebab itu kita hendak kepada bentuk penyatuan Melayu dan apabila Melayu Islam ini kuat, InsyaAllah orang Cina terbela, India terbela, semua bangsa terbela,” katanya.

Ditanya mengenai keluhan Ahli Parlimen pembangkang yang masih mengharapkan peruntukan daripada kerajaan Pusat, beliau berkata, mereka boleh memberi bantuan di kawasan masing-masing sekadar yang mampu kerana rakyat memahaminya.

“Rakyat pun faham apa yang berlaku pada hari ini dan saya ada pengalaman jadi wakil rakyat selama lima tahun pada 2013 tidak ada peruntukan.

“Kita bagilah sekadar kemampuan, rakyat faham apa yang berlaku, kita bagi sikit pun dia tahu kita tidak ada apa-apa,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related