◉ HEADLINES

Hadi ingatkan ahli PAS jangan ‘tebuk kapal’ sendiri

Menurutnya, sekalipun ada kelemahan, semua ahli parti perlu bersama-sama memperbaikinya, bukannya bertindak mendedahkan kepada lawan

3:46 PM MYT

 

SHAH ALAM – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahlinya supaya tidak menjadi ‘penebuk kapal’ sendiri untuk menjatuhkan kerajaan ditadbir parti itu.

Menurutnya, sekalipun ada kelemahan di negeri yang diperintah parti itu, semua ahli parti perlu bersama-sama memperbaikinya, bukannya bertindak mendedahkan kepada lawan.

“Jangan ada dalam kalangan ahli menjadi penebuk kapal, ini tak boleh. Kita kena pertahan parti kita memerintah. Sebarang kelemahan kita tolong jangan dedah kelemahan itu kepada lawan.

“Pemimpin cawangan, kawasan juga perlu bantu wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menang, begitu juga kawasan wakil rakyat lemah perlu dibantu,

“Ini penting untuk meneruskan kerajaan yang kita perintah,” katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menjadi zalim atau mengamalkan sikap balas dendam selepas menjadi kerajaan dan ia akan dibuktikan di empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Bila kita jadi kerajaan kita jangan buat zalim, jangan balas dendam ini diajar Islam… diajar nabi. Kita sabar, angggaplah itu pendidikan dalam pejuangan.

“Kita (PAS) mesti buktikan (PAS tak zalim) di negeri kita perintah. Kita nak jadi kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sama ada mereka yang menyokong dan membangkang kita. Ini kita kena buktikan,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related