HEADLINES

Sultan Mizan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pilih Yang di-Pertuan Agong

Mesyuarat khas itu berakhir kira-kira sejam kemudian dan keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja petang ini

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-263 (Khas) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mesyuarat yang bermula 10.10 pagi itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan semua Raja-Raja Melayu, kecuali Kelantan dan Perlis.

Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Terdahulu, sejurus ketibaan, Raja-Raja Melayu merakamkan gambar kenang-kenangan sebelum memulakan mesyuarat dan proses pemilihan dijalankan.

Mesyuarat khas itu berakhir kira-kira sejam kemudian dan keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja petang ini.

Pemilihan itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Januari tahun depan.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun sama. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related