◉ HEADLINES

MPT Bersatu bincang nasib Ahli Parlimen Labuan dalam masa terdekat: Wan Saiful

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai kedudukan Suhaili hanya akan diketahui selepas perbincangan selesai

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu akan memutuskan kedudukan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dalam masa terdekat selepas beliau mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, parti itu baru sahaja dimaklumkan mengenai surat Suhaili dan sebarang keputusan mengenai kedudukannya hanya akan diketahui selepas perbincangan selesai.

“Kita baru baca surat dikeluarkan Suhaili. Akan ada perbincangan dilakukan di peringkat parti dan dalam kalangan Ahli Parlimen dalam masa terdekat.

“Saya yakin di pihak parti akan membuat keputusan dan pengumuman yang sesuai dengan keputusan kita selepas perbincangan diadakan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Suhaili menerusi kenyataannya hari ini menyatakan sokongan kepada Anwar dan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permasalahan rakyat Labuan yang berdepan peningkatan kos sara hidup serta gangguan bekalan air dan elektrik.

“Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga kepimpinan Ketua Menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Bersatu.

“Meskipun berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin daripada parti, saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi di kawasan saya terbela daripada terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

Suhaili adalah Ahli Parlimen kedua daripada Bersatu yang menyokong kepimpinan Anwar selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang turut berbuat demikian pada 12 Oktober lalu. – 30 Oktober,2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related