PAC kecewa penyahklasifikasi JKSTUPKK berhubung Projek Land Swap seolah-olah ‘dilengahkan’

Jawapan berkenaan amat mendukacitakan memandangkan ini bukan kali pertama Laporan JKSTUPKK dinyahklasifikasikan

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kecewa dengan jawapan daripada Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai permohonan PAC bagi penyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Projek Land Swap di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini kerana jawapan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi itu memperlihatkan seolah-olah Kerajaan cuba untuk melengah-lengahkan penyahklasifikasi laporan ini.

Ia menyebabkan PAC tidak dapat menjalankan prosiding berhubung isu ini.

“Jawapan yang diberikan oleh Menteri itu amat mendukacitakan memandangkan ini bukan kali pertama Laporan JKSTUPKK dinyahklasifikasikan.

“Saya telah menerima surat jawapan pada 22 September 2023 daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan bahawa maklum balas atau ulasan daripada agensi-agensi berkaitan hendaklah diperolehi sebelum suatu keputusan dibuat sama ada laporan ini mempunyai kewajaran untuk dinyahklasifikasikan atau tidak.

“Hasil daripada maklum balas atau ulasan tersebut akan dimaklumkan kepada saya kelak,’’ katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, ujar beliau, sebelum ini, Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Laporan JKSTUPKK berhubung Automated Enforcement System (AES) telah dinyahklasifikasi bagi membolehkan PAC menjalankan prosiding.

Justeru, tegasnya, PAC berharap agar Kerajaan segera menyahklasifikasi Laporan JKSTUPKK berhubung Projek Land Swap di bawah MINDEF secepat mungkin. – 2 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

[OFFICIAL] PH’s Pang wins Kuala Kubu Baharu with more than 3,000-vote majority

PH retains the state seat, denying PN a sweep of state seats under the Hulu Selangor parliamentary constituency

Related