Saingan dalam pasaran positif, harga ayam dijual serendah RM6.49 sekilogram: MyCC

MyCC tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai gangguan bekalan ayam dan harga bahan mentah itu yang tidak munasabah

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memaklumkan harga ayam dijual antara RM6.49 hingga RM11 sekilogram dalam tempoh dua hari pertama harga bahan mentah itu diapungkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, setakat ini, berdasarkan pemerhatian MyCC, persaingan dalam pasaran ayam dilihat menunjukkan tanda positif.

Malah katanya, MyCC tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai gangguan bekalan ayam dan harga bahan mentah itu yang tidak munasabah.

“Meskipun terdapat persaingan dalam pasaran, kami akan terus memantau pasaran secara dekat bagi mengesan sebarang tanda kewujudan pelakuan antipersaingan.

“Pemansuhan subsidi dan penghapusan harga kawalan bagi ayam tidak boleh diambil kesempatan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MyCC komited memastikan persaingan sihat dalam pasaran ayam untuk kebaikan pengguna – Azim Rahman/Scoop, 2 November, 2023

Tegasnya, MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang tanda menunjukkan gangguan terhadap proses persaingan oleh mana-mana pemain industri dari pelbagai peringkat rantaian bekalan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Dua kementerian itu bersedia memberikan akses data penting bagi membolehkan kami mengesan dan mengambil tindakan lanjut terhadap sebarang gangguan dalam proses persaingan dalam pasaran terutamanya yang melibatkan aktiviti kartel,” katanya.

Menyedari ayam salah satu sumber protein utama kepada penduduk di negara ini, Iskandar berkata, MyCC komited memastikan persaingan sihat dalam pasaran ayam untuk kebaikan pengguna.

“MyCC mengalu-alukan sebarang aduan atau perkongsian maklumat yang berkaitan isu yang relevan baik dari pengguna mahupun peniaga.

“Orang ramai boleh berbuat demikian melalui laman sesawang www.mycc.gov.my atau apa-apa cara yang dirasakan sesuai,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa semalam.

Pada 30 Oktober lalu, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa semalam – Alif Omar/Scoop, 2 November, 2023

Beliau berkata, kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam sejak Februari 2022 dan rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah bagi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi siaran soalan lazim penamatan subsidi ayam memaklumkan penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam itu membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

Malah katanya, penjimatan itu juga dapat digunakan bagi memperkasa industri penternakan ayam.

Ia termasuk melalui bantuan insentif dari segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana serta skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti dan program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup. – 2 November, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related