Penghantaran pertama bantuan Ops Ihsan untuk Palestin dijadualkan 10 malam ini

Kementerian Luar adalah koordinator bagi memastikan setiap jenis bantuan yang diperlukan, proses pengumpulan dan penghantaran yang dilakukan menjadi lebih teratur dan teliti

7:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bantuan pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan akan diterbangkan ke Kaherah pada 10 malam ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurut beliau, bantuan itu berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi dan makanan sementara penghantaran bantuan makanan lain akan menyusul kelak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada 45 badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia yang terlibat dalam misi Ops Ihsan ini sehingga membolehkan penghantaran bantuan tersebut dapat dilaksanakan.

“Kementerian Luar Negeri sebagai koordinator dalam memastikan setiap jenis bantuan yang diperlukan, proses pengumpulan dan penghantaran yang dilakukan menjadi lebih teratur dan teliti.

“Terima kasih kepada semua NGO, sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam misi kali ini yang pertama kali berjaya mengumpulkan NGO-NGO ini di bawah satu bumbung bergerak bersama,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook selepas melawat gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) di Bandar Serenia, Sepang, lewat malam tadi.

Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Luar bersama 45 buah NGO, antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, ABIM,  Aman Palestin,  Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan juga Malaysian Relief Agency (MRA).

Semalam Scoop melaporkan barangan bantuan kemanusiaan Ops Ihsan ini akan diterbangkan dengan kapal terbang kargo yang disewa khas oleh kerajaan Malaysia ke El-Arish, Mesir dan ia akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk menerusi sempadan Rafah sebelum disalurkan kepada penduduk Gaza melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.  

Menurut penyelaras Lojistik Ops Ihsan, Yusuf Danial, misi berkenaan turut mendapat bantuan daripada sukarelawan yang setiap hari datang membantu mereka.

“Kira-kira 500 sukarelawan datang sehari. Majoriti adalah penuntut universiti dan mereka dari golongan muda yang ingin mengikut ibu bapa mereka untuk mendapatkan pengalaman,’’ katanya.

@scoopdotmy

Ops Ihsan Malaysia hantar 50 tan bantuan kepada rakyat Palestin  Sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta berjaya dikumpulkan oleh 44 badan bukan kerajaan (NGO) sejak Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dilancarkan pada 20 Oktober lalu. Penghantaran pertama melibatkan 20 tan barang dan ia dijangka dihantar esok manakala penghantaraan seterusnya dijangkakan pada minggu hadapan. Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Luar bersama 44 buah NGO.

♬ original sound – Scoopdotmy

Sehingga kini, 8,700 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dan keadaan ini amat mengecewakan manakala golongan yang hilang rumah mereka atau ‘displaced people’ sudah mencapai angka 1.4 juta. – 3 November, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related