◉ HEADLINES

Harga kawalan sempena Deepavali akan diumumkan 6 Nov ini

Kawalan harga akan diletakkan pada harga maksimum berdasarkan keperluan barangan asas musim perayaan

12:43 PM MYT

 

KAJANG – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Deepavali, pada 6 Nov ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata kawalan harga itu, akan diletakkan pada harga maksimum berdasarkan keperluan barangan asas musim perayaan dan ia dilaksanakan bersempena perayaan tersebut tidak lama lagi.

“Selalunya kita akan meletakkan harga maksimum untuk barang keperluan asas mengikut perayaan, seperti Deepavali ada barang-barang keperluannya, kalau Tahun Baru Cina, ada barang khasnya.

“Kita akan mengawalnya selama tujuh hari sebelum dan selepas Deepavali, dan pemantauan akan sentiasa dibuat di mana-mana lokasi,” katanya selepas tinjauan harga ayam di Pasar Awam Kajang di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi pelaksanaan pengapungan harga ayam, Fuziah mengingatkan bahawa pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dan memastikan peniaga dan pengeluar tidak mengambil kesempatan di atas pelaksanaan tersebut.

Beliau berkata sekiranya harga yang ditetapkan oleh peniaga itu tidak munasabah, mereka boleh dikenakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, manakala pada pengeluar atau kartel mereka tertakluk pada Akta Persaingan.

“Saya kira ada beberapa peniaga masih tidak berapa jelas berhubung pengapungan harga ayam, sebab ada yang tanya kepada saya apa maksud apung dan ada peniaga yang menambah kos tambahan seperti upah potongan dan sebagainya dan sekiranya berlaku, ia menyalahi undang-undang.

“Kita juga akan mengawal di peringkat pengeluaran menggunakan Akta Persaingan, sebagai contoh apabila berlakunya pakatan antara kartel untuk menaikkan harga di peringkat pengeluaran, bagi memastikan kartel tidak mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu mungkin akan berlaku sekiranya pihak terbabit berpakat menaikkan harga seperti harga makanan ayam di peringkat pengeluaran dan itu akan memberi kesan di peringkat bawah seperti peruncit dan pengguna.

KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

Pada masa yang sama, KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 pegawai pemantau harga KPDN setiap hari, melibatkan hampir 1,500 premis meliputi pasar basah, pasar raya dan pasar raya besar, pasar mini, serta kedai runcit di seluruh Malaysia. – 3 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Will MIDA be the endgame for Malaysia’s Indian community? – Ravindran Raman Kutty

Writer dissects landmark report exposing deep-rooted structural exclusion facing the community, urging urgent reforms not just for upliftment but for national progress

◉ Related