HEADLINES

Institusi Raja Berpelembagaan punya peranan penting sebagai ‘penimbang tara terakhir’ negara

Khutbah hari ini turut berkata, melalui hikmah raja pemerintah, suhu panas konflik dapat diturunkan dan keresahan rakyat mampu ditenangkan

9:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Institusi Raja Berpelembagaan memainkan peranan penting sebagai penimpang tara terakhir, ketika negara berdepan krisis.

Menurut khutbah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) hari ini, raja berperlembagaan bukan sekadar pelengkap untuk memenuhi adat negara beraja atau memastikan rakyat bersultan, tetapi peranannya terbukti mempunyai roh dan peranan sebagai penimbang tara terakhir sesuatu konflik.

Menurut mimbar, peranan raja berpelembagaan terbukti mempunyai roh serta berfungsi sebagai penimbang tara terakhir sesuatu konflik – Gambar Scoop, 3 November, 2023

“Pada waktu negara menghadapi krisis, persengketaan, ancaman dan keadaan ketidaktentuan, ia boleh mewujudkan situasi bencana, malapetaka, darurat, peristiwa perselisihan kaum, wabak penyakit dan persengketaan politik.

“Takhta pemerintahan berperanan sebagai pengimbang, menitahkan kata nasihat yang membantu merungkai kekusutan, selain menzahirkan arah panduan bagi mengatasi kebuntuan.

“Melalui hikmah raja pemerintah, suhu panas konflik dapat diturunkan, keresahan rakyat mampu ditenangkan dan jentera kerajaan berupaya kembali berfungsi seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, integriti adalah unsur paling penting yang mesti diterapkan dalam membentuk sebuah keluarga harmoni, sebelum ia menjadi pegangan kukuh seseorang pada masa depan.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, integriti adalah unsur paling penting yang mesti diterapkan dalam membentuk sebuah keluarga harmoni – Gambar hiasan Pexels, 3 November, 2023

Justeru, katanya, integriti perlu diterapkan sejak awal usia kepada seluruh anggota keluarga.

Ujarnya, integriti yang antaranya merujuk kepada sifat amanah, jujur dan itqan (kesungguhan) melakukan sesuatu tanggungjawab adalah antara cabang iman serta takwa yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

“Pembudayaan nilai integriti dalam kehidupan manusia yang merangkumi penerapan sifat mahmudah (terpuji) dan pencegahan sifat mazmumah (tercela), perlu merujuk kepada teladan seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.

“Baginda menunjukkan teladan sebagai seorang pemimpin, bapa, suami dan sebagainya dengan cara terbaik,” katanya.

Manakala, khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu menyeru umat Islam untuk tidak berlengah dalam melaksanakan kebaikan.

Khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu menyeru umat Islam untuk tidak berlengah dalam melaksanakan kebaikan – Gambar hiasan Pexels, 3 November, 2023

Tegasnya, segelintir manusia gemar memilih sikap berlengah dengan mengatakan ‘nanti dulu’, ‘sekejap lagi’, ‘biarlah dulu’ atau ‘nanti esok’ membawa maksud ingin menunda sesuatu pekerjaan yang baik.

“Sikap suka bertangguh ini mengakibatkan kesan buruk dengan hasilnya sudah pasti tidak sempurna atau terbengkalai.

“Orang yang suka bertangguh sebenarnya mencerminkan sikap tidak menghargai nikmat masa anugerah Allah.

“Masa sangat berharga kerana sedetik berlalu tidak akan berulang kembali dan tidak boleh dijual beli. Manusia yang mensia-siakan waktu adalah golongan kerugian di dunia serta akhirat,” katanya. – 3 November, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related