HEADLINES

19 ahli keluarga terbunuh, pensyarah USIM harap gencatan senjata di Gaza

Dalam kejadian tersebut, serangan bom Israel telah memusnahkan kediaman yang dihuni oleh keluarga termasuk 200 orang lagi penduduk Gaza

3:42 PM MYT

 

SEREMBAN – Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Wesam Almahallawi telah kehilangan 19 ahli keluarga susulan serangan yang sedang berlaku di Gaza.

Wesam yang berasal dari Palestin berkata adik lelakinya, Waleed Almahallawi, 40, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia USIM serta isteri dan empat anak saudaranya termasuk berusia dua tahun terkorban dalam serangan bom oleh tentera Zionis di bandar Gaza pada 25 Oktober lepas.

Serangan itu menurutnya turut mengorbankan beberapa ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapa saudaranya.

“Dalam kejadian tersebut, serangan bom Israel telah memusnahkan kediaman yang dihuni oleh keluarga termasuk 200 orang lagi penduduk Gaza,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan USIM hari ini.

Wesam berkata ibu dan bapanya, masing-masing berusia 65 dan 68 tahun serta adik lelaki dan dua adik perempuannya yang lain terselamat dalam serangan bom tersebut, namun sangat sukar untuk dihubungi berikutan konflik yang berlaku.

Beliau berkata ahli keluarganya juga terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain yang masih tidak dimusnahkan oleh tentera Zionis bagi menyelamatkan diri. 

“Saya perlu menunggu berhari-hari untuk mereka membalas mesej saya kerana Israel menghentikan semua rangkaian telefon dan Internet di Gaza. Setakat ini sudah empat hari saya tidak menerima apa-apa berita daripada adik perempuan saya yang berada di Utara Gaza.

“Saya berharap gencatan senjata dapat dilakukan dengan segera di Gaza. Penduduk Gaza, termasuk keluarga saya di sana, sedang berjuang untuk hidup,” katanya.

Pertempuran di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. – 4 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MACC probes claims of Singapore tycoon’s alleged role in Sabah mining scandal

This comes after whistleblower businessman Datuk Albert Tei alleges political persecution amid graft charges over RM350,000 in bribes

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related