Imigresen tumpas sindiket pasport, pas pelajar palsu didalangi warga Afrika

Modus operandi sindiket adalah mensasarkan warga Afrika yang mempunyai masalah di Malaysia, seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa

5:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan dan pas pelajar palsu didalangi warga Afrika dalam serbuan di Lembah Klang, minggu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan dijalankan pada 25 Oktober lalu di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor bermula jam 10 pagi itu, dijalankan hasil daripada risikan pihaknya selama dua minggu.

“Pasukan operasi membabitkan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya ini, berjaya mengesan serta menahan dalang utama sindiket, iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang, Selangor.

Hasil pemeriksaan di premis itu menjumpai dan merampas 10 pasport Nigeria disyaki palsu serta sekeping pelekat pas pelajar yang palsu – Gambar Imigresen, 4 November, 2023

“Pasukan operasi kemudiannya bergerak ke rumah suspek di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di premis itu menjumpai dan merampas 10 pasport Nigeria disyaki palsu serta sekeping pelekat pas pelajar yang palsu.

Katanya, suspek mendedahkan bahawa pelekat pas pelajar terbabit diperolehi daripada seorang lelaki warganegara Ghana.

Justeru, pasukan operasi bertindak mengesan dan menahan seorang lelaki warganegara Ghana berusia 56 tahun di Jalan Kasturi, Kuala Lumpur.

“Semasa penahanan dilakukan, pasukan operasi menemui sekeping pelekat pas pelajar yang palsu bersama suspek.

“Pasukan operasi kemudiannya ke rumah kediaman suspek di Cheras, Selangor dan hasil pemeriksaan, pasukan operasi menjumpai serta merampas dua keping pelekat pas pelajar yang palsu, enam keping i-kad JIM palsu, sekeping Kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) palsu dan tujuh keping kad pelajar pelbagai universiti serta kolej di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Sindiket tersebut mengenakan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap pasport dan RM200 untuk dokumen, seperti pas pelajar serta kad pelajar – Gambar Imigresen, 4 November, 2023

Ruslin berkata, modus operandi sindiket adalah mensasarkan warga Afrika yang mempunyai masalah di Malaysia, seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa.

Ujarnya, sindiket akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah itu, sebelum menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan dokumen seperti pasport, pas pelajar dan pas pengajian, i-Kad, kad UNHCR serta kad pelajar palsu.

Siasatan awal, katanya, mendapati sindiket mengenakan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap pasport dan RM200 untuk dokumen, seperti pas pelajar serta kad pelajar.

“Kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – 4 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related