HEADLINES

Malaysia akan hadiri Apec, kekal pendirian pertahan keadilan Palestin: PM

Katanya, sebagai PM, beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi negara ini, justeru meminta pihak kurang senang Malaysia ke Apec tidak menghukumnya dengan gelaran ‘pro Israel’

10:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia akan menyertai sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan selepas kerajaan mengadakan perbincangan bersama pemimpin beberapa negara Asia untuk melihat pendirian mereka, berhubung kehadiran ke persidangan berkenaan, selain demi kebaikan Malaysia.

Katanya, walaupun menyedari keputusan itu mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak, termasuk kumpulan yang mendesak supaya beliau tidak menyertai Apec, kehadirannya ke acara terbabit penting untuk menjaga kepentingan Malaysia.

“Ada desakan sekarang ini supaya saya jangan hadiri Apec di San Francisco, saya kata ok saya bincang lihat pendirian negara semua, setakat ini negara Asean semuanya akan hadir, negara Apec lain setakat yang saya tahu semuanya akan hadir.

“Jadi apakah kita oleh kerana kita tidak bersetuju dengan pendirian AS dalam isu ini, (kita) tidak akan hadir kerana bagi saya, keutamaan juga (bagi) menjaga hubungan diplomatik dan keamanan, walaupun tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan.

“Jadi ini saya memutuskan untuk hadir di persidangan Apec yang dihadiri semua negara Asia atas undangan Presiden AS, Joe Biden ke San Francisco,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Anwar menegaskan, meskipun terdapat sebahagian pihak yang tidak senang dengan keputusannya untuk hadir ke Apec, beliau meminta mereka tidak menghukumnya sebagai ‘Pro Israel’

“Kerana saya sebagai PM (Perdana Menteri), saya nak kena jaga kepentingan negara ini, nak jaga keselamatannya, ekonominya, kemenangannya,” katanya. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related