HEADLINES

Kos cetakan al-Quran hanya RM38, bukan RM500: Na’im

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500 seperti didakwa Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata RM38 itu merangkumi kos mencetak, penghantaran serta pengagihan, manakala peruntukan RM10 juta akan digunakan untuk mencetak 265,000 naskhah al-Quran.

“Jadi dengan RM38 pengiraan saya dalam RM10 juta itu, ada 265,000 insya-Allah pada tahun 2024,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, hari ini.

Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta menjelaskan dakwaan Idris Ahmad di Parlimen, bahawa percetakan senaskhah al-Quran berharga RM500.

Sementara itu Mohd Na’im berkata, sehingga kini sebanyak 96,000 naskhah al-Quran sudah diagihkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Khmer dan Sweden.

“Sekarang ini kita sudah agihkan 70,000 cetakan dalam bahasa Inggeris, 20,000 Mandarin, 5,000 Khmer dan 1,000 Sweden,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan operasi mewakafkan satu juta naskhah al-Quran.

“Kita harapkan dengan berwakaf al-Quran ini, dapat menarik minat orang yang bukan beragama Islam untuk mendalami agama Islam,” katanya.

Mengenai Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu Mohd Na’im berkata program anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) itu telah bermula sejak 2012, dengan kerjasama Majlis Agama Islam negeri.

Konvoi tiga hari di Baling dan Sik, Kedah bermula hari ini sehingga 9 Nov itu, bagi membolehkan agensi zakat itu memberi pencerahan dan menggalakkan umat Islam mengeluarkan zakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt, mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk disalurkan kepada Yayasan Restu, bagi operasi mencetak terjemahan al-Quran dalam bahasa asing utama dunia. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related